Pertandingan Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) pembangunan Model Bahasa Besar (LLM) Generatif bertaraf dunia anda melalui pembelajaran berasaskan permainan (gamifikasi) – tanpa perlu kemahiran pengaturcaraan! Tak perlu tahu kod! Cukup dengan minat dan semangat untuk meneroka teknologi AI bersama rakan sepasukan anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai POLYCC LLM League 2025, sila hubungi: 📞 En.Akashah – 019.663.6731
Jom sertai Pertandingan POLYCC Large Language Model (LLM) League 2025. Di sinilah para peserta akan bertarung membangunkan Model Bahasa Besar (LLM) mereka sendiri dan bersaing untuk menjadi juara utama POLYCC LLM League 2025. Alami sendiri pengalaman sebenar dalam penalaan halus (fine-tuning) LLM anda bagi memantapkan model LLM yang hebat.
POLYCC LLM League 2025 dianjurkan bersempena dengan Majlis Anugerah eDOLA yang meraikan kandungan dan usaha ciptaan digital TVET terbaik oleh pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.
🎉 Jom Sertai Pertandingan Model AI Generatif 2024! 🤖☁️
Pertandingan POLYCC LLM League 2025
Pertandingan POLYCC Large Language Model (LLM) League 2025 merupakan sebuah pertandingan Generative AI yang memberi fokus kepada pembangunan model LLM. Pertandingan ini dianjurkan sempena Pertandingan eDOLA ke-13 dan telah mendapat penyertaan yang amat menggalakkan dari seluruh POLYCC pada tahun 2024. Tahun ini menandakan edisi kedua pertandingan ini dianjurkan, membuktikan komitmen berterusan POLYCC dalam memperkasa kemahiran digital dan teknologi kecerdasan buatan di kalangan pelajar dan staf. Model LLM yang dibangunkan akan berfungsi sebagai "otak" kepada Chatbot, yang mampu menjawab pelbagai soalan berdasarkan tema yang akan diumumkan oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, pada edisi 2024, tema pertandingan adalah “Maklumat Umum tentang Politeknik dan Kolej Komunti”. Melalui pertandingan ini, peserta berpeluang meneroka secara langsung cara LLM berfungsi, daripada proses latihan model hinggalah kepada aplikasi sebenar, sekali gus membuka ruang kepada inovasi dan kreativiti dalam bidang AI.
Tingkatkan Kemahiran AI Anda Melalui Pengalaman Gamifikasi!
Peserta berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) melalui pendekatan gamifikasi yang menyeronokkan. Sepanjang pertandingan ini, peserta boleh menggunakan perkhidmatan AWS SageMaker AI melalui web konsol secara percuma. Menariknya, peserta tidak perlu mempunyai pengetahuan asas pengaturcaraan untuk menyertai pertandingan ini. Sebaliknya, mereka hanya perlu memahami asas teknikal AI — yang akan diajar secara dalam talian oleh tenaga pakar dari AWS.
Setiap peserta, termasuk staf POLYCC dan pelajar POLYCC, akan menerima Sijil Penyertaan sebagai penghargaan atas penglibatan dalam pertandingan ini. Selain itu, hadiah-hadiah menarik turut ditawarkan kepada para peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam membangunkan model Large Language Model (LLM) sepanjang pertandingan. Antara hadiah disediakan:-
POLYCC LLM League 2025 membuka peluang kepada peserta untuk bertanding dan memenangi hadiah menarik, di samping memantapkan kemahiran dalam pembelajaran mesin (machine learning) sama ada secara dalam talian atau bersemuka. Pertandingan ini juga menjadi platform untuk berkongsi idea, strategi, dan pandangan dalam mencapai kejayaan dalam dunia Kecerdasan Buatan.
Tarikh | Aktiviti |
9 Jun 2025 | Pendaftaran POLYCC LLM League 2025 bermula |
29 Jun 2025 | Pendaftaran POLYCC LLM League 2025 ditutup |
1 Julai 2025 |
Taklimat POLYCC LLM.L 2025 di YouTube EDUTV@POLYCC Pertandingan peringkat saringan secara atas talian bermula. |
18 Julai 2025 | Online Coaching Clinic POLYCC LLM League 2025 di YouTube EDUTV@POLYCC |
27 Julai 2025 | POLYCC LLM League 2025 A+ Bootcamp (sesi pagi) @ Edola Fair di Setia City Mall, Shah Alam. Sesi perjumpaan dengan Mr Kwan dan Team AWS. |
1 Ogos 2025 | Pertandingan peringkat saringan secara atas talian tamat |
5 Ogos 2025 |
Pengumuman finalis pertandingan peringkat akhir POLYCC LLM League 2025 & Taklimat pertandingan peringkat akhir POLYCC LLM League 2025 di YouTube EDUTV@POLYCC Briefing to POLYCC LOL 2024 Finalist |
17 Ogos 2025 | Pertandingan peringkat akhir POLYCC LLM League 2025 secara bersemuka di SACC Shah Alam |